Followers

Monday, 9 June 2014

Perkahwinan Nor dan Halil


Majlis pernikahan Nor & Halil yang diambil di kampung saya memandangkan Nor merupakan anak kepada ibu susuan saya. majlis ini berjalan dengan meriah sekali. perkenalan yang hanya seketika, membibitkan bunga-bunga cinta dan akhirnya bersatu di alam perkahwinan. pada mulanya pasangan ini sedikit malu tetapi semuanya menjadi selesa hingga ke hujung majlis.


Bersama adik yang juga bakal bertunang.


Bersama suami tercinta selepas majlis persandingan.


Al Quran sebahagian dari hantaran untuk pengantin lelaki.


Semoga pasangan ini berbahagia dan telah pun selamat menimang cahaya mata.

Pertunangan Sarah & Malek


Kali ini seorang rakan telah meminta khidmat saya untuk mengambil gambar pertunangan dia dan pasangannya. Sarah dan Malek. Untuk majlis ini saya membuat sedikit kelainan dengan menambah beberapa peralatan untuk hiasan dan menjadikan majlis ini lebih menarik. kesemua sentuhan untuk hiasan ini adalah datang dari idea saya sendiri. 


Hampir keseluruhan peralatan ini adalah yang sedia ada. Hanya beberapa kos yang tidak melebihi RM30. 


Untuk majlis ini, Sarah menggunakan baju songket yang sangat cantik. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.


Ketika sedang menunggu majlis bermula.


Bersama pasangan dan kawan-kawan


Anak sedara yang sangat comel meriahkan suasana.


Untuk semua yang menulis ucapan di papan hijau.


Cincin merisik dan bertunang.