Followers

Monday, 12 May 2014


 Majlis perkahwinan hazif & fizah. Ini hasil kerja 100% dari saya. Mengambil gambar untuk majlis perkahwinan yang pertama amat sukar. Majlis ini mempunyai lebih ramai orang yang hadir. Agak sukar untuk mengambil gambar semasa akad nikah kerana terpaksa duduk di kalangan lelaki yang tidak dikenali. tapi demi tugas saya tebalkan muka. Lebih kurang sama macam majlis pertunangan cuma untuk majlis perkahwinan, lebih banyak gambar diperlukan untuk memuaskan hati pelanggan. setiap saat yang berharga perlu dirakamkan terutama ketika akad nikah, acara membatalkan air sembahyang, menyarungkan cincin. Dan berikut, sedikit gambar untuk tatapan pengunjung.



Acara membatalkan air sembahyang


 Sebelum menjadi isteri

Selepas menjadi sah menjadi suami isteri.

Pengantin perempuan agak terbuka dalam bergaya untuk sesi bergambar mungkin kerana saya perempuan. Tetapi pengantin lelaki agak kekok dan pemalu. Tapi akhirnya semua gembira. Gambar ini diambil pada tahun 2012.

Majlis Pertunangan Yam & Faiz


    Majlis pertunangan yam & faiz.. Saya adalah pelajar sepenuh masa  di politeknik ibrahim sultan. Dan ini merupakan kerja sambilan saya dimana saya merupakan jurugambar. Pada mulanya saya hanya membeli kamera DSLR sekadar minat untuk mengambil gambar. Dan tanpa di sangka kawan saya mencadangkan untuk mengambil gambar pertunangan kawan nya di pagoh. Untuk pengalaman pertama memang sangat mendebarkan. Maklumlah saya bukannya pernah mengikuti apa-apa krusus dalam bidang ini. Tp atas dasar ingin mencuba dan juga sokongan dari kawan saya terima tawaran ini. Ini adalah hasil pertama saya iaitu pada tahun 2012.




Bersama ibu mertua.




 Bersama kawan kawan



Sedang menunggu pihak lelaki