Followers

Monday, 12 May 2014


 Majlis perkahwinan hazif & fizah. Ini hasil kerja 100% dari saya. Mengambil gambar untuk majlis perkahwinan yang pertama amat sukar. Majlis ini mempunyai lebih ramai orang yang hadir. Agak sukar untuk mengambil gambar semasa akad nikah kerana terpaksa duduk di kalangan lelaki yang tidak dikenali. tapi demi tugas saya tebalkan muka. Lebih kurang sama macam majlis pertunangan cuma untuk majlis perkahwinan, lebih banyak gambar diperlukan untuk memuaskan hati pelanggan. setiap saat yang berharga perlu dirakamkan terutama ketika akad nikah, acara membatalkan air sembahyang, menyarungkan cincin. Dan berikut, sedikit gambar untuk tatapan pengunjung.



Acara membatalkan air sembahyang


 Sebelum menjadi isteri

Selepas menjadi sah menjadi suami isteri.

Pengantin perempuan agak terbuka dalam bergaya untuk sesi bergambar mungkin kerana saya perempuan. Tetapi pengantin lelaki agak kekok dan pemalu. Tapi akhirnya semua gembira. Gambar ini diambil pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment